CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Friday 13 May 2011

** B.E.R.C.O.U.P.L.E A.T.A.U J.U.A.L M.A.H.A.L **

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA 

saya ada terbaca dalam ILUVISLAM tentang satu article yang bertajuk  BERCOUPLE ATAU JUAL MAHAL

kalau nak tahu cerita itu lebih lanjut sila la klik tajuk itu ye.
secara ringkasnya di sini, aku nak cerita tentang aku ketika dulu.
hmm kadang-kadang aku ada juga fikir sama macam penulis itu fikir.
tapi semasa aku tingkatan 3 aku dah cuba  bercouple..boleh plak main cuba-cuba kan.
bukan apa, masa tu rasa tercabar sikit..dengan kekawan sekeliling aku yang dah ber'BOYFRIEND..
seronok ke ada BF..bahagia pulak tengak diorang...macam best ja kan.
so aku pun cuba la dengan accept lamaran dia..ceyhh..haha
dalam seminggu dua tu ok laa lagi, bila lama-lama aduhh hanya tuhan sahaja yang tahu,
aku nie dah la cepat bosan, tak kisah la buat apa-apa keja pun..kalau benda tak best memang kita cepat bosan kan..lebih kurang la, tapi bukan maksud aku bosan kt him nie, bukan dia tak best..tapi aku memang macam tu..sebab time tu hati aku keras lagi, kata pun nak cuba-cuba kan..
tapi kitorang tak lama, tingkatan 4 dah break..sebab aku ditawarkan ke sekolah teknik..so tinggal la dia sorang-sorang... alasannya nak belajar dulu, cinta kemudian...ceyhhh..poyo habis..haha...hati yang keras ini,ada juga sedih..tak kisah la apa nak jadi pun, ada jodoh ada laa..kalau tak ada pun laa juga..yang penting sampai sekarang kitorang masih berkawan..bukan setakat kawan biasa tapi friendship forever..mcm mna tu...no comment bak kata fasha sanda

sekali mencuba aku rasa tak perlu  mencuba lagi, sebab aku tak suka hidup aku dikelilingi dengan moody oleh seorang hamba ALLAH yang bergelar lelaki kalau dia bukan jodoh kita.
mean PAKWE laa kan, aku lebih suka ramai kawan dari ramai pakwe, dan tak perlu juga untuk mencuba seorang satu lelaki sebagai pakwe..sebab ALLAH dah janji lelaki baik untuk perempuan yang baik, lelaki jahat untuk perempuan yang jahat..biar lahh kita kesunyian sekarang, tapi kita akan peroleh  hasil yang terbaik di kemudian hari.. INSYAALLAH ...
ALLAH juga dah cakap dalam al-Quran..DIA tidak akan menghampakan harapan hambanya kalau niatnya itu baik... so kalau kita suka kan seseorang, berdoalah dari sekarang ...mana nak tahu, kalau doa kita termakbul dapatlah kita kawin dengan lelaki pilihan kita.. tak sia-sia admired lama-lama..hee

tapi yang bestnya, bila kawan-kawan ada masalah dengan BF diorang , aku pulak yang lebih-lebih bagi nasihat and bla bla bla..macam banyak pulak pengalaman ye cik yana...
itu laah aku, dari dulu lagi aku suka sangat tengok telatah kwan-kawan yang bercouple..dari situ boleh laa belajar serba sikit untuk mematangkan aku di hari akan datang ini...kemon laa ayat..dan minta kawan doakan kebahagian saya pulak yer..
jual mahal ?? tak juga.. tapi belum sampai msa untuk terima orang, sampai bila..entah serah sahaja kepada Yang Maha Mengetahui...

harapan aku adalah, aku nak  MR.RIGHT bukan  MR.CHIPSMORE...

di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".


sekian sahaja bebelan aku....

No comments:

Post a Comment